Tuesday, December 15, 2009

Perkahwinan 9W2ZLA


Selepas balik kenduri berkejar ke KL, tak sempat dan update blog. Ni foto masa rakan-rakan Parts berkonvoi ke Parit. Ramai rakan yang pergi lebih 40 orang ahli Parts. Jenuh menunggu pengantin. Rumah 4 kilometer je jaraknya. Apa dibuat lambat ntah le. Apa pun selamat pengantin baru cikgu Azizal. Semoga berbahagia ke akhir hayat. Ingat pesan Pak Lope hari tu hehehehe.

Baru sampai, lambat sikit, kami nak balik dah


Pengantin siap bawak v85 lagi tuh.

9W2FTB tu dok menjeling udang ke menjeling pengapit. Kan boleh harap dia ni. hehehe



Member Parts yang hadir, dari kiri, YZR, AEK, SWLHairi, CMD, saya, HKR, FTB, SUF, NIM 9M2SLJ, TUO dan Dj terhangat di pasaran YOP. Yang lain dah balik tak larat tunggu pengantin

Saturday, December 12, 2009

Siapa Nak CBX

WEF ni tak ada orang lagi. Tapi starter dgn rectifier tak ada. Boleh cari punya.


Yang ada tulis polis WEL8769 tu rakan web saya dari Kedah Sopi dah book.



Motor Ujang@Sham Labu. Beli di Balai PJ semalam. Barang complete, lampu pun ada. Ada lagi 4 buah siapa berminat, call saya segera. Bukan Along, cuma nak tolong. 019-4441944. Yang WEL tu dah ada tuan, 9W2DPL Cikgu Zaudi dari Sri Iskandar dah book. Yang lain, Siapa cepat dia dapat.

Thursday, December 3, 2009

The Real Mat Rempit

Selalu sangat orang bertanya, dari kedai kopi sampai ke Parlimen, di TV, menteri la, profesor la, penganalisis jenayah la, semuanya cuba menyentuh siapa Mat Rempit. Tapi semuanya sembang jer. Siapa pun tak tau siapa sebenarnya Mat Rempit. Ada yang kata jangan beri gelaran Mat Rempit tapi dia sendiri tak tau asal usul Mat Rempit tu. Ni saya perkenalkan, orang yang bertanggung jawab memperkenalkan Mat Rempit ke mata Dunia. Melalui kartunnya di Majalah Roda-Roda pada 1998, beliau memperkenalkan Watak Mat Rempit yang berdasarkan dirinya sendiri. Kemudian Wan K seorang pengacara TV7 menggunakan istilah itu dalam laporan Edisi Siasat lalu terkenalkan istilah Mat Rempit itu. Kami pernah bertugas bersama-sama di SMT Gerik 10 tahun yang lalu. Persahabatan itu masih terjalin walaupun tidak lagi di sana, sebabnya minat yang menebal terhadap dunia motorsikal. Beliau memang berbakat besar dalam bidang seni.

Inilah dia saudara Halim Hassan @ Mat Rempit Original sedang mengintai CBX saya


Ni hasil lukisannya selepas 1 jam

Mat Rempit original sedang beraksi melukis CBX saya.


Ni logo Konvoi Parts ke Utara nanti

Kalau nak berkenalan boleh ke facesbooknya. Cari ajer Halim Hassan

Monday, November 30, 2009

CBX lagi

Minggu lepas ke KL dua hari berturut-turut untuk membantu member mencari CBX tender.


Yang ni masih belum bertuan, berminat call saya di 0194441944.

Janji jangan buat bisnes, sekadar nak tolong meramaikan geng CBX

Yang ni dah dibook, esok Kamal geng 9W2CCC akan ambik

Dan yang ni.p dah dibook oleh 9W2TOL Suhaimi


AKhirnya 9W2DXN Udin dapat yang ni. WEF di Kuala Selangor. Berbaloi penantiannya. Tadi dia call saya, dia beli bateri yuasa rm150, pasang, tiga kali start terus hidup. Berbaloi-baloi.




Ex student saya seorang bakal pilot TUDM dapat yang ni. WEF juga.

Thursday, November 26, 2009

Perkhemahan Intergrasi SM Kinta Utara


Perasmian penutup oleh Tuan PPD Kinta Utara

Sekarang kena baca ikrar


Harmonic saya pun turut serta


Wakil KRS


Seramai 97 orang pelajar Kinta Utara terlibat

Wednesday, November 11, 2009

Kursus Pentauliahan Pegawai KRS Kinta Selatan




Sebagai memenuhi permintaan 9W2SOJ, hadir bersama-sama 0W2SCP dan Major KRS Anuar 9W2NUA menjadi jurulatih kursus berkenaan di Institut Latihan UITM di Sg Galah

Monday, October 19, 2009

Akhirnya Saber ku memancar

Saleh 9W2SHB dibantu harmonicnya Syafiq sedang beraksi

9W2SUF pun nak join kelab batu bata

Akhirnya setelah setahun dua bulan saber ni saya beli di Palomar CA, 8 bulan diterima di tangan, barulah dapat memancar melalui repeater PARTS sebentar tadi. QSO pertama menggunakan batu bata ni dijawab oleh 9W2ZLA. Pelbagai rintangan dihadapi sehingga saya naik give-up. Mula-mula radio dibeli, setelah dibayar melalui Paypall, saya terlupa memberikan alamat adik saya di San Diego. Mujurlah penjual seorang yang jujur. Selama 4 bulan dia menyimpan radio itu. Setelah dibawa balik, tiada program walaupun telah mencuba membeli atau mencarinya. AKhirnya 9W2SHB ketemukannya di Indonesia melalui China yang sebenarnya berasal dari Rusia. Bila dah ada program berasaskan DOS, perlukan komputer dengan prosesor berasaskan 486 atau lebih lama. Jenuh cari di Internet. Semua orang heran buat apa komputer kuno. Semua dah buang ke tong sampah. Terima kasih sekali lagi kepada 9W2SHB yang telah bersusah payah merogel pc klasik pentium mmx100nya yang telah disimpan dalam kotak selamat hampir 6 tahun. Dia juga yang menggodek akhirnya berjaya juga dibaca. Semasa nak diprogramkan tiba-tiba bateri habis. Bila dibuka error. Kecut perut, Ingat dah jadi batu-batu yang termahal di dunia. Mujurlah ada backup. Lega. Apapun lepas ni sapa nak join kelab batu bata di Malaysia. Kat ebay ada satu lagi. ada member tengah bidding. Dapat nanti, kita bergaya dengan batu-bata motorola

My QTH


View Untitled in a larger map

About Me

My Photo
9W2ACB
Chemor, Perak, Malaysia
My name is Azmi Abd Rahman. I was born in Simpang Pulai 47 years ago. Now, I lived with my wife and five kids in Desa Tanjung Murni, Chemor. But three of my kid are now studying in university and MRSM respectively. I graduated from University Malaya in 1990. Currently, I am teaching Bahasa Malaysia in SMJK Poi Lam Ipoh.
View my complete profile

Demi Masa

Followers

Slideshow

Loading...